Ucapan Guru Besar


Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada jawatankuasa laman web sekolah kerana berjaya menghidupkan kembali laman web SKTBM ini untuk memaparkan program sekolah serta aktiviti yang berjalan dan yang dirancang .Selaku guru besar sekolah ini saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web sekolah ini untuk melihat perkembangan semasa tentang sekolah ini. 

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri adalah sekolah kluster kecemerlangan yang telah dinobatkan pada tahun 2012. Namun, kita sedang berusaha keras bersama PIBG dan KSIB untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pertama di zon Sentul sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Banyak program – program akademik dan KO akademik yang akan kita lakukan bagi menjadikan sekolah kita sekolah yang Berjaya dan menjadi penanda aras oleh sekolah-sekolah lain. 

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ,Pembelajaran ke arah abad 21dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa yang sedang berusaha memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan usaha kita akan memberi impak bagi memacu pendidikan ke persada kecemerlangan yang dihajati. 

Laman web ini akan memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini serta berita-berita semasa yang dijalankan oleh pihak sekolah dan juga PIBG. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. 

Sekian, terima kasih. 

 Maznon Bt. Hj Mohd Sidin
Guru Besar
SK Taman Bukit Maluri

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2019

Kem Kepimpinan Pengawas SKTBM bagi tahun 2019 diadakan bertujuan melatih murid untuk lebih berdisiplin dan memupuk nilai kerjasama untuk me...