Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri telah dibina pada awal tahun 1986. Sebelum penubuhan sekolah ini, tapak asal ialah 2.5 hektar merupakan sebuah ladang getah yang dikenali sebagai Ladang Edingburgh. Selepas pihak berwajib meluluskan pembinaan taman perumahan di ladang itu maka pembinaan sekolah ini dilaksanakan bagi tujuan memenuhi keperluan asas penduduk setempat.



Pada awal pembinaannya, sekolah ini terdiri dua blok bertingkat dua iaitu Blok A dan Blok B dan sebuah kantin. Bilangan bilik darjahnya pulak sebanyak 24 buah. Pada awal tahun 1995 sebuah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai sebuah Bilik Komputer. Manakala pada Disember 1999 satu bangunan blok baru satu tungkat telah dibina untuk menampung keperluan dan bilangan murid  yang semakin bertambah. Bangunan tersebut diubahsuai untuk dijadikan sebuah klinik pergigian dan dewan baru. Selain itu, terdapat beberapa buah bilik darjah telah diubahsuai untuk kegunaan P&P iaitu bilik pembelajaran Akses Kendiri (PAK/SAL) dan Pendidikan Alam Sekitar (PAS)

            Kejayaan SKTBM hasil kerjasama ibu bapadan guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 19 Mac 1988 telah banyak menyumbang kepada pembangunan sekolah.



Kesan perubahan murid, SKTBM telah ditukarkan daripada gred B SKTBM pada tahun 1997 kepada sekolah gred A pada November 1991. Manakala pada tahun 1992, SKTBM telah memulakan dua sesi persekolah iaitu  pagi dan petang. SKTBM telah diterajui oleh 7 orang Guru Besar sehingga hari ini di bawah pimpinan En. Saadun Kasim AMW.PPN.PJK. manakala bilangan guru pula seramai 11 orang pada tahun 1987 meningkat kepada 54 orang guru pada tahun 2005. Bilangan murid meningkat daripada 220 orang kepada 850 orang tahun 2005.

           SKTBM juga telah diceriakan dengan lukisan mural yang menarik untuk kegunaa P&P selaras dengan Pendidikan Mural Merentas Kurikulum (PMMK). Taman Kosakata, Rumah Hijau dan Kolam Sains.



Sejajar dengan era IT, SKTBM juga melangkah ke arah Sekolah Bistari besesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini. Daripada aspek kecemerlangan, SKTBM telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah yang sentiasa mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidak Akademik & Kokurikulum. Pada tahun 1997 sekolah ini telah memenangi anugerah kualiti Kementerian Pendidikan Bahagian Kewangan dan Sekolah Harapan Negara pad tahun 1998.

          Bertepatan dengan moto sekolah “CERDAS & CERDAS” SKTBM telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Bilangan murid yang berjaya mendapat keputusan 5A amat membanggakan. Pada tahun 2004 seramai 74 orang murid memperolehi 5A dan keseluruahn UPSR 98%. Keputusan ini meletakkan SKTBM antara sekolah terbaik di Kuala Lumpur dalam pencapaian cemerlang UPSR 2004.


No comments:

Post a Comment

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2019

Kem Kepimpinan Pengawas SKTBM bagi tahun 2019 diadakan bertujuan melatih murid untuk lebih berdisiplin dan memupuk nilai kerjasama untuk me...